On The Spot 7

Informasi Unik dan Menarik

VIDEO: Bila Puak Orang Asli Jumpa Orang Putih Buat Kali Pertama

Onthespotv7.com – TIDAK  dapat dibayangkan jika kita tiba-tiba terpaksa hidup di dalam pedalaman, terputus daripada segala bentuk perhubungan dengan dunia luar dan teknologi.

Rata-rata daripada kita dibesarkan dalam komuniti global dengan sistem perhubungan yang luas, tapi bagaimana pula jika kita hidup dalam keadaan amat terpencil sehingga langsung tidak tahu-menahu mengenai kewujudan bangsa lain?
Dalam sebuah dokumentari, sekumpulan penyelidik telah menemui sebuah puak orang asli yang tidak diketahui asalnya.
Jelas ahli puak orang asli yang berkulit gelap itu sangsi dengan kedatangan manusia yang berkulit cerah dan bermata biru, kerana hampir kesemua mereka menghulurkan tangan untuk menyentuk kumpulan penyelidik itu sebelum menarik semula pegangan kerana terlalu takut.


Klik untuk memutar
Setiap pergerakan dan tingkah laku semasa pertemuan tidak sengaja itu dirakam oleh jurukamera dalam video berdurasi 14 minit 37 saat itu.
Sebagai hadiah ‘salam perkenalan’, salah seorang penyelidik itu memberikan mereka garam dan mancis kepada mereka dan salah seorang daripada mereka memutuskan bahawa mancis tidak enak rasanya.
Sungguh menerujakan, di dalam sejarah peradaban manusia yang telah berkurun lamanya, masih ada kaum yang terputus secara total dengan dunia luar. Semoga habitat mereka yang masih bersih dan hijau itu tidak dicemari oleh arus pembangunan moden.

 

.
Updated: Januari 17, 2016 — 11:27
On The Spot © 2014